Kecantikan Semulajadi Dari Hadiah Alami
(Natural Beauty From Nature's Gift)
TESTIMONI PENGGUNA LAVA MINERAL BAR
Saya mengalami masalah jerawat yang serius. Berbagai-bagai produk telah di cuba sehingga belanja mencecah ratusan ringgit sebulan ini
iaitu Lava Mineral Bar. Alhamdulillah sekarang masalah jerawat saya telah hilang di samping menjadikan kulit saya lebih cerah, lembut dan
gebu.

SHARIFAH (35 tahun)

Masalah kulit saya selalu kering terutama di bahagian muka - bahagian kening dan tepi hidung, mungkin di sebabkan oleh penghawa dingin
yang berterusan di pejabat. Kulit muka saya kerap menggelupas akibat kekeringan dan badan selalu kegatalan apabila berpeluh. Setelah
menggunakan Lava Mineral Bar selama lebih kurang 2 minggu, masalah kulit kering saya telah hilang dengan amat ketara.

LINDA (38 tahun)

Anak saya kerap mengalami masalah kegatalan kulit dan kurap di badan dan kaki. Saya telah mengeluarkan perbelanjaan yang banyak
untuk rawatan anak saya sehingga mencecah RM 200 sebulan tetapi masalah tersebut masih berulang. Setelah mendapat tahu khasiat
Lava Mineral Bar dalam merawat masalah kulit, saya terus mendapatkannya dan menyuruh anak saya mencuba. Setelah menggunakannya
selama seminggu, masalah kulit anak saya telah tiada lagi dan saya dapat menjimatkan wang saya. Terima kasih kepada pengeluar Lava
Mineral Bar!

KAMAL (40 tahun)

Saya mengalami masalah kulit berkudis telah lama. Macam-macam ubat telah guna tapi tak sembuh. Setelah mencuba Lava Mineral Bar.
kudis-kudis saya telah kering dan semakin sembuh. Alhamdulillah masalah saya sudah semakin tiada.

MARIAM (40 tahun)

Saya mengalami masalah keputihan yang agak serius dan menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Saya malu untuk berkawan di
sebabkan masalah tersebut. Setelah mencuba berbagai-bagai produk sekian lama, saya menjumpai produk Lava Mineral Bar dan terus
mencubanya. Tidak di sangka masalah keputihan dan bau hilang dengan ketara. Kini saya lebih yakin untuk berdepan dengan kawan-kawan.
Terima kasih.

ROHAYU (30 tahun)

Kawan-kawan saya selalu menegur kulit saya yang kusam. Selama ini memang saya tidak pernah menggunakan apa-apa produk
kecantikan kerana  bimbang kesan keatas kulit saya terutama pada wajah. Entah kenapa terbuka hati saya untuk mencuba produk Lava
Mineral Bar setelah mengunjungi satu Ekspo di Tanjong Karang. Setelah seminggu menggunakan produk tersebut, ramai kawan-kawan
saya menegur perubahan kulit saya yang sihat dan cerah. Kini saya amat gembira dan lebih yakin.

AFFENDI (30 tahun)

Saya memang mempunyai masalah bau badan yang serius sebab ramai kawan-kawan saya selalu menegur tentang bau badan saya. Rasa
malu sentiasa ada. Banyak produk telah saya cuba tetapi kesannya tidak bertahan lama. Saya ada juga mencuba produk berasaskan bahan
kimia tetapi ia menyebabkan kulit saya mengalami kegatalan. Saya kadang-kadang buntu. Setelah mendapat tahu sabun organik buatan
tangan Lava Mineral Bar, saya tanpa membuang masa terus cuba. Sekarang bau badan saya hilang dengan begitu ketara. Saya lebih yakin
sekarang.

AIDA (25 tahun)

Kulit saya sebelum ini kelihatan seperti kulit lelaki di sebabkan oleh liang roma yang besar dan membuatkan kulit saya kelihatan kasar. Saya
telah mencuba banyak produk dan make up untuk mengatasi masalah saya. Perbelanjaan amat mahal tapi apakan daya untuk nampak
menarik saya terpaksa berkorban. Setelah seorang kawan rekomen produk Lava Mineral Bar, saya tanpa berlengah terus mencubanya
kerana melihat kulit kawan saya yang halus, cerah dan gebu. Alhamdulillah sekarang liang roma kulit saya makin mengecil dan kulit
kelihatan lebih halus dan gebu. Banyak saya boleh jimat. Syukur....

YANTI (28 tahun)

Saya mengalami resdung yang serius dan pertumbuhan jerawat yang banyak. Berbagai kaedah telah di cuba baik secara moden atau
tradisional tetapi tidak berhasil. Pada suatu hari ada kawan telah mengesyorkan saya mencuba Lava Mineral Bar. Mula-mula menggunakan
Lava Mineral Bar, kulit muka saya terasa amat gatal dan merenyam. Hati saya agak risau tetapi saya teruskan juga. Setelah beberapa kali
menggunakan Lava Mineral Bar, rasa gatal makin hilang dan terus tiada. Kini setelah sebulan jerawat saya hampir pupus dan kegatalan
resdung amat berkurangan. Alhamdulillah.