TESTIMONI PENGGUNA BAJA BAKAM SUCI ORI

Lokasi Kebun : Kg. Api-Api, Kuala Selangor
Luas Kebun : +- 2 ekar
Jumlah Pokok : 127 batang

Ujian telah di jalankan ke atas kebun ini bermula Januari 2005 dan kami mendapati hasil yang di keluarkan oleh kebun ini amat
memberangsangkan iaitu purata melebihi 1 tan seekar sebulan.
Hasil tertinggi yang telah di catatkan adalah 4.4 tan untuk 2 ekar iaitu 2.2 tan seekar sebulan.
Purata hasil pada musim pengeluaran paling rendah (melawas) adalah 0.75 tan seekar sebulan.

Berdasarkan rekod hasil yang dikeluarkan, kami mendapat rumusan bahawa penggunaan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori amat di
syorkan memandangkan harganya yang amat menjimatkan berbanding pengeluaran hasil yang tinggi, berterusan dan tidak menjejaskan
tanaman.

Di samping Plot Test kami, berikut juga adalah testimoni sebenar dari pelanggan-pelanggan yang telah mengguna dan merasai sendiri
kesan penggunaan produk kami ke atas tanaman mereka.

TANAMAN KELAPA SAWIT

En Rashid - Kuala Selangor

Saya telah menggunakan produk Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori untuk tanaman kelapa sawit saya selama sejak ia mula di pasarkan
sehingga sekarang. Saya amat berpuashati kerana di samping harganya yang tidak membebankan, saya memperoleh hasil yang tinggi dan
konsisten. Tanaman saya pun kelihatan sentiasa subur. Saya akan terus menggunakan produk ini kerana amat yakin dengan kualiti nya yang
asli dan bermutu tinggi.

Abidin - Kuala Selangor

Sebelum menggunakan produk Baja Gunung Berapai Bakam Suci Ori, saya menggunakan baja kimia impot. Harganya agak mahal
sedangkan hasilnya agak sederhana. Setelah mendapat penerangan tentang produk ini, saya terus mencuba memandangkan harganya
yang amat berpatutan. Hasilnya amat menakjubkan kerana mendapat peningkatan sehingga hampir sekali ganda walaupun pada
penggunaan kali pertama.

Abdul Rahman - Tanjong Karang

Saya mempunyai kebun kelapa sawit seluas lebih kurang 10 ekar. Dahulu, purata hasil kebun saya lebih kurang 7 tan sebulan dengan
penggunaan baja kimia. Setelah bertukar kepada produk Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori, hasil meningkat melebihi 10 tan sebulan.
Belum pernah saya mendapat hasil setinggi itu. Yang agak pelik lagi, beberapa pokok yang sebelum ini tidak pernah mengeluarkan buah,
sekarang telah berbuah. Alhamdulillah.

Abdul Gahfar - Temerloh

Saya merupakan pengguna baja kimia (NPK) tegar. Setelah mendapat penerangan terperinci tentang produk Baja Gunung Berapi Bakam
Suci Ori, saya mengambil keputusan sebagaimana yang di sarankan untuk mencampur baja kimia impot dengan Baja Gunung Berapi
Bakam Suci Ori. Hasilnya amat memeranjatkan! Kebun saya yang seluas hanya 2.5 ekar telah mengeluarkan hasil setinggi 10 tan!!! Saya
hampir tidak percaya kerana belum pernah dalam sejarah saya mendapat hasil setinggi itu. Terima kasih kepada pihak yang mengeluarkan
produk yang bermutu tinggi ini.

Sofian _ Kapar

Sebelum ini saya telah mencuba produk zeolite jenama lain. Banyak juga yang di beli iaitu sebanyak 3 tan. Harganya amat murah di pasaran.
Setelah menggunakannya, saya tidak mendapati apa-apa kesan terhadap tanaman serta hasil. Suatu hari saya menziarahi kawan saya di
Tanjong Karang dan terus menunjukkan guni Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori. Beberapa hari selepas itu, saya terus mencuba produk
Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori dan mendapati kesannya amat memberangsangkan dengan hasil yang menakjubkan. Di sini saya ingin
menasihati rakan-rakan petani agar memilih jenama produk yang di percayai untuk jaminan mutu dan kualiti yang tinggi.

SAWAH PADI

Mohd Nor - Sabak Bernam

Saya mempunyai sawah seluas 1.5 ekar. Sebelum ini hasil yang diperolehi sekitar 2 hingga 2.5 tan semusim. Setelah menggunakan Baja
Gunung Berapi Bakam Suci Ori sebagai tambahan seperti yang di sarankan, hasil meningkat sekitar 5 tan semusim.

Ramli - Sekinchan

Sebelum menggunakan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori, hasil padi saya seluas 3 ekar sekitar 5 tan tetapi setelah menggunakan produk
ini, hasil meningkat sekitar 9-10 tan semusim. Saya menganggap produk ini sebagai satu pelaburan yang amat menguntungkan.

GETAH

Mohamad - Pendang

Saya telah mencuba produk Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori untuk tanaman getah. Saya mendapati pokok getah saya menjadi amat
subur. Proses penorehan menjadi lebih mudah kerana kulit pokok menjadi lebih lembut. Yang paling menyeronokkan ialah hasil nya
meningkat!

BUAH-BUAHAN

Razak - Janda Baik

Saya mempunyai banyak pokok longan di sekeliling rumah. Biasanya pokok longan saya berbuah sekali setahun. Setelah menggunakan
Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori, pokok longan saya telah berbuah 2 kali setahun dan buahnya amat banyak, lebih besar dan lebih manis.

Zailani - Klang

Saya menaman pokok durian di keliling rumah. Setelah 7 tahun pokok durian masih tidak mengeluarkan hasil. Setelah mencuba
menggunakan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori, pokok mula mengeluarkan hasil dengan rasa yang amat enak.

Hussin - Rawang

Saya mempunya beberapa pokok mangga yang berusia lebih 8 tahun. Pokok tidak pernah mengeluarkan buah. Saya hampir mengambil
keputusan untuk menebang pokok-pokok tersebut tetapi setelah di sarankan oleh kawan saya untuk mencuba produk ini, akhirnya pokok
saya sudah mengeluarkan buah, Syukur tak jadi tebang.

GAHARU

Ahmad - Melaka

Saya merupakan penanam gaharu. Saya menggunakan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori sejak mula dari penanaman dan sehingga
sekarang pertumbuhannya amat menggalakkan. Saya syorkan produk ini kepada teman-teman penanam gaharu untuk tumbesaran pokok
yang subur dan berkualiti.

SOALAN-SOALAN LAZIM

Soalan 1 : Baja Gunung Berapi tak ada NPK. Mana pokok nak berbuah?

Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori masih mengandungi P dan K. Fungsi Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori adalah menyuburkan tanah,
pokok, menggalakkan pengeluaran buah serta memberatkan buah. Apabila tanah menjadi lebih  subur, aktiviti microbial tanah seperti
mikroorganisam, cacing, bakteria tanah dan lain-lain akan meningkat dan akan menyumbang NPK secara semulajadi dan berterusan
kepada tanah untuk kegunaan pokok.

Soalan 2 : Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori lebih mahal dari Baja Gunung Berapi jenama lain.

Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori adalah bahan asli terpilih serta bermutu tinggi dan di jamin keasliannya. Harga yang di tawarkan adalah
amat berpatutan dan tidak terlalu mahal jikalau di bandingkan dengan kualiti yang di berikan. Kami menasihati para pengguna agar
berhati-hati dengan baja gunung berapi biasa yang murah kerana berkemungkinan adalah bahan yang bermutu rendah atau di campur
dengan bahan lain untuk mengelakkan pembaziran wang, tenaga serta masa.

Soalan 3 : Pakai Baja Gunung Berapi, buah cepat masak, mulanya banyak tapi lepas tu hasil menyusut.

Buah akan lebih cepat masak kesan dari pemulihan kerana penggunaan baja kimia secara lama dan berterusan. Di nasihatkan juga
menggunakan Baja Gunung Berapi berjenama Bakam Suci Ori kerana ia dijamin asli dan bermutu tinggi serta telah di uji secara praktikal
selama hampir 6 tahun dan terbukti menghasilkan purata buah kelapa sawit melebihi 1 tan/ekar/bulan serta padi melebihi 10 tan/3 ekar
semusim.

Soalan 4 : Pakai Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori ok tapi lepas tu pakai baja kimia NPK hasil pun cantik jugak.

Ini adalah kerana apabila menggunakan Baja Gunung Berapi  Bakam Suci Ori pada peringkat permulaan, ia telah bertindak menyuburkan
tanah mati di sebabkan oleh baja kimia. Apabila tanah subur, pokok telah pulih sepenuhnya dan telah bersedia untuk di tekan oleh baja kimia
sebab itu ia dapat meningkat hasil yang lebih tinggi. Kami selalu menasihatkan usahawan tani agar gabungkan atau selangkan penggunaan
Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori dengan baja kimia atau baja semburan untuk mendapatkan hasil yang paling optima. Tanpa pemulihan
tanah dan pokok oleh Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori, amat sukar untuk mencapai tahap hasil yang maksima.

Soalan 5 : Betulkah Baja Gunung Berapi akan menarik baja dalam tanah sampai kosong.

Itu adalah mitos dari pihak yang tidak memahami fungsi Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori. Ia tidak menarik baja dalam tanah tetapi hanya
sekadar memegang baja dan berfungsi MELEPASKAN baja tersebut APABILA pokok memerlukannya. Fungsi ini akan mengelakkan
pembaziran baja dalam tanah atau baja yang di tambah SETERUSNYA meningkatkan efisiensi penyerapan baja oleh pokok dan
mengelakkan PEMBAZIRAN di sebabkan oleh proses larut resap. Fungsi ini masih tidak ada dalam lain-lain baja semulajadi setakat ini.

Soalan 6 : Baik pakai Baja UREA atau tahi ayam.

Hati-hati apabila menggunakan baja tahi ayam kerana ia mengandungi patogen atau virus yang boleh merosakkan pokok dan juga kesannya
agak perlahan serta berbau busuk yang boleh mengganggu persekitaran. Baja Urea pula  menjurus kepada menghijaukan daun kerana ia
hanya mengandungi sumber N yang fungsinya menghijaukan daun.  Perlu di ingat bahawa untuk mendapatkan hasil yang optima, amat
PERLU memastikan tanah sentiasa berada di tahap kesuburan yang di tinggi untuk mendapat  tanaman yang amat subur  serta hasil yang
tinggi dan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori adalah jawapannya.

Soalan 7 : Dah pakai baja gunung berapi tapi buah tak berat macam di harap. Perubahan pokok pun macam tak berapa nampak macam
di cakap.

Mungkin bahan yang di gunakan bermutu rendah atau tiruan. Pastikan tuan menggunakan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori kerana ia
dijamin asli dan bermutu tinggi serta telah di uji untuk kelapa sawit selama hampir 6 tahun. Lain-lain bukti terhadap hasil pengguna bagi
kelapa sawit, padi, pisang, buah naga, buah-buahan, sayur-sayuran, gaharu, stevia dan lain-lain menunjukkan keberkesanan meningkatkan
hasil secara berterusan ke tahap maksima. Kami nasihatkan pengguna jangan pening kepala, beli saja produk kami yang telah terbukti serta
di jamin keasliannya.

Soalan 8 : Kan dah ada baja subsidi untuk sawah padi. Kenapa nak pakai Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori?

Untuk sawah memang di berikan baja subsidi tetapi untuk lebih meningkatkan hasil ke tahap maksima, kami cadangkan agar Baja Gunung
Berapi Bakam Suci Ori di tambah mengikut sukatan dan masa yang di tentukan. Ini kerana dengan menggunakan Baja Gunung Berapi
Bakam Suci Ori, kesuburan tanah akan berapa di tahap yang optima dan akan lebih menggalakkan pertumbuhan padi serta dapat
memberatkan buah padi. Anggaplah ianya sebagai satu pelaburan yang amat menguntungkan pesawah kerana bukti dari
pengguna-pengguna sawah menunjukkan peningkatan hasil melebihi 2 kali ganda atau dapat mencecah ke tahap paling maksima.

Soalan 9 : Pulih tanah sawah? Kan dah biasa bakar jerami padi. Tak cukup ke?

Jerami yang di bakar juda dapat memulihkan tanah dan menambah nutrien kepada tanah tetapi kesannya amat rendah dan perlahan
berbanding padi yang memerlukan pemulihan yang cepat di sebabkan padi merupakan sejenis tumbuhan yang amat intensif dalam
pengambilan nutrien. Kesuburan tanah perlu di percepatkan dan Baja Gunung Berapi Bakam Suci ori adalah jawapannya kerana telah
terbukti penggunaannya oleh pesawah-pesawah yang lebih dahulu menggunakan nya dan telah meraih pendapat yang lumayan.

Soalan 10 : Dulu pernah pakai baja gunung berapi tapi tak jadi pun.

Mungkin tuan telah terbeli baja gunung berapi bermutu rendah atau tiruan. Pastikan Baja Gunung Berapi Bakam Suci Ori kerana kami jamin
keaslian dan berkualiti tinggi untuk meningkatkan hasil yang tinggi dan berterusan.

Soalan 11 : Ada orang cakap pakai baja gunung berapi ni bahaya dan boleh merosakkan pokok.

BETUL!! SEKIRANYA tuan menggunakan baja gunung berapi yang TIRUAN. Fungsi baja gunung berapi asli adalah MENYUBURKAN tanah
dan pokok bukan merosakkannya ! Oleh itu pastikan tuan puan membeli dan menggunakan Baja Gunung Berapi BAKAM SUCI ORI yang di
jamin keaslian nya dan bermutu tinggi!!!
BUKTI HASIL SAWIT & PADI
BUKTI HASIL PISANG
BUKTI HASIL BUAH NAGA
HARIAN METRO
MAJALAH LAMAN